SOP SAMBUTAN AIDILFITRI DIKEMASKINI OLEH KKM – 11 MEI 2021
- Syifa Nasir

- May 11, 2021
- 2 min read
Updated: May 25, 2021

Johor Bahru, 11 Mei 2021: Sambutan AidilFitri yang bakal menjelang pastinya memberi kegembiraan kepada seluruh umat Islam, lebih – lebih lagi di Malaysia. Tetapi malangnya, tahun ini peraayan ini tidak boleh di sambut seperti tahun – tahun lepas sebelum datangnya virus yang merbahaya iaitu Covid-19.
Takbir Hari Raya
· Takbir Hari Raya di masjid atau surau DIBENARKAN untuk ahli jawatankuasa masjid atau surau sahaja.
· Aktiviti takbir dari rumah ke rumah TIDAK DIBENARKAN.
Solat Sunat Hari Raya
· DIBENARKAN di masjid atau surau dengan jumlah jemaah mengikut ketetapan berikut:
a) Masjid berkapasiti melebihi 1,000 orang: Had maksima 50 orang jemaah b) Masjid berkapasiti kurang dari 1,000 orang: Had maksima 20 orang jemaah
Masjid atau surau yang disenaraikan dalam senarai Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE) hendaklah mengambil tindakan intervensi iaitu melaksanakan sanitasi premis, meningkatkan kawalan dan pemantauan pematuhan jemaah serta melaksanakan penutupan premis jika diarahkan oleh Pegawai Kesihatan Daerah selepas penilaian risiko dijalankan.
Jamuan Selepas Solat Sunat Hari Raya
TIDAK DIBENARKAN.
AKTIVITI SAMBUTAN HARI RAYA
Program Ziarah Hari Raya
TIDAK DIBENARKAN.
Ziarah Tanah Perkuburan
TIDAK DIBENARKAN.
Rumah Terbuka atau Majlis Jamuan Hari Raya
TIDAK DIBENARKAN.
Kawalan Penularan dan Jangkitan
Mengadakan kaunter di pintu masuk masjid atau surau bagi memeriksa suhu badan, sanitasi tangan serta rekod kehadiran jemaah.
Pintu masuk hendaklah dihadkan bilangannya bagi memudahkan kawalan.
Menambah bilangan pintu keluar bagi mengurangkan kesesakan penyuraian keluar jemaah.
Kerap melakukan sanitasi ruang solat dan kawasan sekitarnya termasuk tandas dan ruang wuduk.
Penggunaan tandas perlu dihadkan mengikut jumlah bilik tandas yang ada pada satu-satu masa.
Individuyang mempunyai suhu melebihi 37.5 C sebagai demam atau bergejala tidak dibenarkan memasuki masjid atau surau dan perlu mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan.
Kawalan dan Pengesanan
Jawatankuasa masjid atau surau hendaklah mempunyai petugas yang mencukupi bagi membantu kawalan jemaah.
Penggunaan aplikasi MySejahtera diwajibkan di kawasan capaian internet yang luas.
Penggunaan buku pendaftaran kehadiran jemaah hanya dibenarkan di kawasan yang tiada liputan internet atau lain-lain alasan yang munasabah (warga emas, ketiadaan telefon pintar dan lain-lain).
Jawatankuasa masjid atau surau perlu memastikan hanya jemaah dengan status low risk dalam MySejahtera, sahaja yang dibenarkan masuk ke masjid atau surau.
Pengurusan Jemaah
Masjid atau surau hendaklah mewujudkan pasukan petugas untuk mengawal jemaah yang hadir ke masjid atau surau.
Etika Jemaah
Elakkan 3S: iaitu elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dekat.
Amalkan 3W: iaitu kerap mencuci tangan (wash), WAJIB memakai pelitup muka (wear), dan patuhi amaran KKM (warn).
Hendaklah mengambil wuduk di rumah, namun dibenarkan memperbaharuinya di masjid atau surau.
Hendaklah membawa sejadah sendiri.
Elakkan aktiviti bersalaman dan bersentuhan sesama yang hadir.
Hendaklah masuk dan keluar masjid mesti mengikut giliran dengan teratur serta menjaga penjarakan yang terkawal.
Hendaklah bersurai dalam keadaan tenang.














Comments