top of page

Cara menggunakan Facial Scrub dengan betul.


Menjaga kesihatan kulit muka tidak cukup dengan mencuci muka sahaja. Tanpa disedari sel-sel kulit mati akan melekat pada kulit setiap hari.

Tahukah anda, purata dalam setahun sebanyak 4kg sel kulit mati terkumpul pada permukaan kulit!


Masalah kulit seperti kering, menggelupas, bintik hitam dan jerawat berpunca daripada timbunan sel kulit mati di lapisan kulit.


Untuk menyingkirkannya, anda boleh gunakan scrub. Scrub adalah cara merawat wajah dengan membersihkan sel mati. Selain itu scrub juga mempercepatkan proses regenerasi sel kulit iaitu penggantian sel kulit baru.



CARA MEMAKAI SCRUB


LANGKAH 1 - Basuh muka sebelum pakai scrub. Seeloknya dengan air suam supaya liang-liang pori di muka akan terbuka untuk memudahkan kotoran yang terperangkap dalam liang-liang pori dikeluarkan dengan mudah.


LANGKAH 2 - Ambil sedikit facial scrub dan gosokkan secara perlahan dengan urutan membulat. Berhati-hati ketika menggosok, elakkan gosok yang terlalu keras supaya kulit tidak jadi kemerahan. Pastikan tidak menggosok scrub lebih dari 60 saat bagi mengelakkan kerengsaan kulit.


LANGKAH 3 - Bilas scrub dengan air bersih. Lepas scrub, kulit anda akan berasa sangat licin dan lembut.


LANGKAH 4 - Lap muka dengan tuala bersih ya!


LANGKAH 5 - Sapukan serum atau pelembap pada muka. Ini bertujuan untuk mengekalkan kelembapan kulit dan membantu mencegah lebihan pengeluaran minyak di muka.

LANGKAH 6 - Gunakan facial scrub 3 kali seminggu. Jika baru mencuba untuk berskrub, anda boleh mulakan dengan hanya sekali seminggu, kemudian tingkatkan kekerapan penggunaan mengikut keserasian kulit. Sesuai untuk masalah kulit berjerawat.



Kelebihan berskrub


· Singkir kulit mati

· Melicinkan kulit

· Memudarkan parut

· Mengelakkan pori-pori tersumbat

· Memudahkan penyerapan produk wajah

 
 
 

Commentaires


Post: Blog2_Post

Subscribe Form

Thanks for submitting!

0101010101

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

©2021 by TRI: The Ripple Impact. Proudly created with Wix.com

bottom of page