6 Filem Terbaik Netflix yang Wajib Ditonton
- Syifa Nasir
- Jul 27, 2021
- 3 min read

Netflix masih jadi salah satu tempat menonton filem terbaik yang datang dari berbagai genre. Anda boleh menonton filem aksi, drama, komedi, bahkan anime. Asal negara dari filem-filem tersebut pun bermacam-macam dan anda boleh memilih sendiri filem mana yang ingin ditonton.
Menariknya Netflix, anda boleh menonton filem dari berbagai gadget. Pilihan terbaik memang datang dari smartphone sehingga kenikmatan menonton boleh dirasai di mana saja. Selain itu, anda juga boleh menyaksikan filem terbaik Netflix di PC, laptop, dan smart-TV.
Selain memiliki filem dari berbagai syarikat produksi atau dari penerbit filem ternama, Netflix juga memiliki filem-filem produksi sendiri atau yang dikeluarkan secara eksklusif hanya di Neftlix saja. Hal ini merupakan strategi perniagaan yang bagus kerana filem-filem ini tidak boleh ditonton di mana pun kerana hanya tayang eksklusif di Netflix saja.
Untuk kualitinya pula, filem-filem eksklusif Netflix ini masih ada yang hit and miss. Kadang ada yang bagus, tapi ada juga yang biasa-biasa saja. Nah, berikut ini adalah filem terbitan Netflix terbaik yang anda boleh tonton sekarang.
1. The Lovebirds
Filem ini dikeluarkan sejak Mei 2020 di Netflix. The Lovebirds mengisahkan dua pasangan yang berada di ujung tanduk dan mencari jalan keluar untuk hubungan mereka. Di tengah-tengah retaknya hubungan mereka, pasangan ini malah dituduh sebagai pembunuh dalam sebuah kes.
Biarpun cerita filem The Lovebirds ini sedikit rumit, anda tetap akan menemukan kisah romantis di dalamnya. Filem ini berdurasi 1 jam 26 minit. Ia diperankan oleh Issa Rae dan Kumail Nanjiani.
2. Marriage Story
Marriage Story sempat ditayangkan di Venice International Film Festival dan mendapatkan respons positif dari penggemar filem dunia. Filem ini diperankan oleh duet Adam Driver dan Scarleet Johansson yang sudah tidak asing di dunia perfileman Hollywood. Mereka berdua berperan sebagai suami istri yang penuh dengan masalah.
Banyak penggemar filem menilai akting mereka berdua sangat natural. Kisah yang diangkat pun sangat dekat dengan orang di banyak belahan dunia. Filem ini pun masuk ke dalam beberapa nominasi Oscar.
3. The Two Popes
Kisah dalam filem ini terinspirasi dari skandal yang terjadi pada 2012 lalu. Filem The Two Popes menceritakan jabatan akhir Paus Benediktus XVI dan sebuah skandal yang menimpa Gereja Katolik roma. Anda akan terpukau dengan dialog dua orang agamawan Katolik yang diperankan oleh Jonathan Price dan Anthony Hopkins.
Ada banyak pembelajaran tentang kehidupan dan cara menghadapi masalah yang dibawa dalam filem ini. Selain itu, anda pun akan melihat perbezaan pemikiran yang besar dari dua agamawan yang berasal dari kepercayaan yang sama.
4. Ju-On: Origins
Cerita Ju-On memang sudah cukup terkenal sejak awal 2000-an lalu. Filem ini pun sudah diadaptasi Hollywood dengan masih membawa kisah yang menyeramkan. Tahun 2020 ini pun Ju-On hadir di Netflix dengan mengangkat kisah awal dari semua cerita hantu yang tinggal di sebuah rumah ini.
Series ini baru sahaja di keluarkan dengan season 1 dengan berisi enam episode di dalamnya. Setiap episode pun hanya berdurasi sekitar 28 minit. Namun, kengerian yang dibawanya akan menancap sampai ke hati.
5. Always Be My Maybe
Dua sahabat kecil sebenarnya punya kisah unik yang romantis. Namun, mereka sama sekali tidak boleh disebut sebagai pasangan. Cerita cinta mereka selalu terkandas atau lebih tepatnya tidak boleh berlanjut ke arah yang lebih serius.
Yang kelakarnya, dua sejoli ini selalu dipertemukan dalam waktu yang tak terduga yang buat mereka selalu bersama. Cerita komedi romantis ini dilakonkan oleh Ali Wong dan Randal Park. Tonton dan anda akan merasa bahagia di bahagian ending-nya.
6. To All the Boys: P.S. I Still Love You
Film romantis ini merupakan kelanjutan dari To All the Boys I’ve Loved Before yang juga anda boleh saksikan di Netflix. Ceritanya pun masih membawa Lara Jean dan Peter Kavinsky ke hubungan yang lebih serius. Namun, ada satu hero lain yang datang keranea menerima surat cinta yang ditulis oleh Lara sebelumnya.
Filem ini masih diperankan oleh Lana Condor dan Noah Centineo. The All the Boys: P.S. I Still Love You berdurasi 1 jam 41 minit dan sesuai ditonton pada waktu senggang. Anda pasti teringin untuk mengetahui Lara akan memilih hero yang mana untuk dijadikan kekasih sejati!
Comments