SOP Aidilfitri tahun ini diperketatkan
- Hakim Abu Bakar
- May 6, 2021
- 1 min read
Updated: May 25, 2021

Kuala Lumpur, 5 Mei 2021 – Perayaan Aidilfitri tahun ini tidak banyak berbeza berbanding tahun lalu.
Dengan penularan wabak COVID-19 yang melanda negara, kita terpaksa hidup dalam norma baharu bagi memastikan keselamatan rakyat terjaga.
Aktiviti kunjung mengunjung semasa perayaan Aidilfitri dibenarkan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tempoh masa dan jumlah pengunjung bagi Kawasan PKP, PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan adalah berbeza.
ADVERTISEMENT

Beliau berkata dalam sidang media, bagi kawasan PKP hanya dibenarkan pada 1 Syawal dengan tidak melebihi 15 orang pada satu masa mengikut saiz rumah dan mematuhi penjarakan fizikal.
Bagi kawasan PKPB dan PKPP, ziarah hari raya dibenarkan iaitu pada 1 sehingga 3 Syawal.
Comments