top of page

Resepi Dalgona Coffee yang Viral

Updated: May 25, 2021



Ada banyak cara dan aktiviti yang boleh mengisi waktu lapang pada masa social distancing ni. Dan salah satunya adalah dengan membuat Dalgona Coffee, yang baru-baru ni viral di TikTok. Mesti korang pelik kan, kenapa kopi ni boleh viral?


Okay, kalau korang nak tahu Dalgona Coffee ni mempunyai bentuk yang unik dan rasa yang berbeza dari kopi yang selalu kita minum di kedai. Dari segi rupa, kopi ni mempunyai dua layer berbeza, iaitu susu dengan foam di atas kopinya, lain sedikit dari cappuccino atau espresso.



Minuman kopi campuran susu ini berasal dari Korea Selatan, di mana pada ketika itu seorang aktor terkenal Jung Il Woo sedang bercuti di Macau dan mencuba sebuah minuman. Rasanya yang manis dan mirip dengan gula-gula tradisional Korea, Dalgona, dan dari situlah terbitnya nama Dalgona Coffee.



Jadi tak hairanlah bagaimana Dalgona Coffee boleh trending di Tiktok pada musim PKP. Dah tahu asal usul Dalgona Coffee, jadi mari kita cuba buat sendiri di rumah.




Dalgona Coffee



Bahan-bahan :

· 3-4 sudu gula pasir (boleh je kalau nak pakai gula halus atau brown sugar)

· 2-3 sudu serbuk kopi/Nescafe

· Susu segar

· Air sejuk

· Ais (pilihan)

· Mixer atau alat pemukul

· Gelas



Cara-cara membuat:

1. Masukkan gula dan serbuk kopi/Nescafe ke dalam bekas. Kacau kedua-dua bahan tersebut bagi sebati. Masukkan air sejuk ke dalam campuran gula dan kopi. Sediakan mixer atau alat pemukul juga.

2. Pukul semua campuran bahan sehingga menjadi pekat dan likat.

3.Siapkan gelas dengan berisi ais. Jika tidak mahu ais, letakkan terus susu segar kira-kira ¾ gelas.

4. Masukkan foam kopi yang sudah dipukul ke dalam gelas yang berisi susu. Kalau nak tambah hiasan boleh letak serbuk kopi atas foam. Nah, Dalgona Coffee sudah siap untuk diminum.


Nota:

· Kalau nak bagi kurang manis, boleh guna gelas yang besar dan susu biar lebih supaya rasa sebati.




ADVERTISEMENT


Kommentarer


Post: Blog2_Post

Subscribe Form

Thanks for submitting!

0101010101

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

©2021 by TRI: The Ripple Impact. Proudly created with Wix.com

bottom of page