top of page

PKP dilaksanakan di beberapa daerah di Johor, Terengganu, dan Perak

Updated: May 25, 2021



Kuala Lumpur, 5 Mei 2021- Beberapa daerah di Johor, Terengganu dan perak dikenakan PKP berkuatkuasa jumaat ini sehingga 20 Mei.


PKP di Johor melibatkan daerah Johor Bahru, Kulai dan Kota Tinggi, manakala 14 mukim dalam daerah Besut kecuali Mukim Hulu Besut di Terengganu dan Mukim Taiping, daerah Larut, Matang dan Selama di Perak.


Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berikutan peningkatan kes COVID-19 di kawasan terbabit penguatkuasaan PKP dijalankan.


“Bagi PKP di johor ia dibuat susulan Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan jumlah kes aktif yang tinggi dengan kebanyakan kes sporadik tersebar meluas dalam komuniti.


“Justeru itu, ketiga-tiga daerah ini berstatus zon merah dengan jumlah kes yang tinggi melebihi 150 kes, manakala kapasiti hospital dan unit rawatan rapi (ICU) melebihi 70 peratus,” katanya dalam sidang media, hari ini.


Beliau berkata, pelaksanaan PKP dijalankan bagi memudahkan KKM menjalankan ujian saringan secara besar-besaran serta menyekat penyebaran wabak ke luar penempatan terlibat selain memudahkan proses kawalan dan pencegahan dijalankan.


ADVERTISEMENT



Comments


Post: Blog2_Post

Subscribe Form

Thanks for submitting!

0101010101

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

©2021 by TRI: The Ripple Impact. Proudly created with Wix.com

bottom of page