top of page

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) DI SELURUH NEGARA BERMULA PADA 12 MEI 2021 SEHINGGA 7 JUN 2021

Updated: May 25, 2021


ree

Johor Bahru, 11 Mei 2021 : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum dan menerima keputusan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, di mana Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.


Meskipun begitu, KKM juga berasa berat hati kerana memikirkan kesannya kepada sektor-sektor lain yang terpaksa ditutup sementara, namun pendekatan ini terpaksa diambil Kerajaan memandangkan penularan COVID-19 didapati semakin meruncing di dalam negara.


Dengan jumlah kes harian sekitar 4,000 kes, 38,499 kes aktif dan 1,722 kes kematian dilaporkan setakat 11 Mei 2021, Malaysia sedang berhadapan dengan kesinambungan gelombang ketiga COVID-19 yang boleh mencetuskan suatu krisis nasional.


KKM mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama berganding bahu dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19 di Malaysia. Kita mesti bersama-sama memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Duduklah di rumah dan sekiranya perlu keluar untuk urusan yang penting, patuhilah SOP yang ditetapkan.


KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;


Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).


Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.



ree

Comments


Post: Blog2_Post

Subscribe Form

Thanks for submitting!

0101010101

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

©2021 by TRI: The Ripple Impact. Proudly created with Wix.com

bottom of page