top of page

Palsu: Tiada perutusan khas Covid-19 daripada Perdana Menteri – MKN

Updated: May 25, 2021


ree

Kuala Lumpur, 21 Mei 2021 - Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan mesej tular yang mendakwa terdapat siaran langsung Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung situasi COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.


MKN menerusi Telegram meminta orang ramai supaya menghentikan penyebaran berita tidak benar itu.


"Hentikan penyebaran berita tidak benar. Tidak pasti, jangan kongsi," kata MKN pada Jumaat.


Poster berupa gambar Perdana Menteri berserta tulisan Perutusan Khas COVID-19, pukul 9 malam dimuat naik dalam beberapa platform media sosial sejak pukul 3 petang ini.


Turut dimaklumkan perutusan itu akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro AWANI, BERNAMA, TV3 dan RTM.


ADVERTISEMENT

ree


Comments


Post: Blog2_Post

Subscribe Form

Thanks for submitting!

0101010101

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

©2021 by TRI: The Ripple Impact. Proudly created with Wix.com

bottom of page