top of page

Malaysia mencatat kes kematian Covid-19 tertinggi harini

Updated: May 27, 2021


Johor Bahru, 24 Mei 2021 - Sebanyak 61 lagi kematian dilaporkan hari ini, sekaligus angka tertinggi setakat ini.


Angka korban akibat COVID-19 di Malaysia terus melonjak dalam tempoh 24 jam lalu, dengan 61 kes kematian dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes maut harian yang tertinggi pernah direkodkan sejak wabak virus tersebut menular di negara itu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.


Beliau berkata, kesemua kes kematian itu melibatkan rakyat tempatan berusia antara 27 hingga 98 tahun dengan majoritinya menghidap penyakit kronik, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan maut akibat wabak itu kini seramai 2,309 kes.


Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 16 kes di Selangor diikuti 11 kes di Johor, masing-masing enam kes di Melaka dan Pulau Pinang, lima kes di Kuala Lumpur serta empat kes di Kedah.


Katanya, selain itu, Sarawak, Negeri Sembilan dan Pahang pula masing-masing tiga kes kematian, dua kes di Terengganu dan Perak serta Labuan masing-masing satu kes.


"Semua mangsa membabitkan rakyat tempatan dan ia menjadikan keseluruhan kes kematian adalah sebanyak 2,309 kes.


"Kes yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 711 individu manakala 369 lagi adalah pesakit intubasi. "Jumlah pesakit yang sembuh semalam adalah sebanyak 3,452 orang," katanya.


Semalam Malaysia merekodkan sebanyak 49 kematian manakala jumlah tertinggi sebelum ini adalah Khamis lalu dengan 59 orang.




Kommentarer


Post: Blog2_Post

Subscribe Form

Thanks for submitting!

0101010101

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

©2021 by TRI: The Ripple Impact. Proudly created with Wix.com

bottom of page