Malaysia catat kes tertinggi baharu iaitu 4765 kes termasuk lebih daripada 2,000 di Selangor sahaja
- Diana Shafie

- May 14, 2021
- 1 min read
Updated: May 27, 2021

Kuala Lumpur, 12 Mei 2021 - Malaysia mencatatkan 4,765 kes Covid-19 baru hari ini, yang merupakan jumlah tertinggi yang dicatatkan dalam tempoh tiga bulan.
Begitu juga, kes di Selangor juga mencapai tahap tertinggi tiga bulan hari ini dengan 2,082 kes baru direkodkan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sehingga kini, kes jangkitan Covid-19 di Malaysia telah mencecah 453,222 kes.
Kali terakhir kes lebih tinggi daripada hari ini - baik di peringkat nasional dan di peringkat Selangor - adalah pada 31 Jan. Pada masa itu, negara mencatat 5,298 kes di mana 2,460 kes di Selangor.
Selangor kekal di peringkat teratas sebagai negeri dengan jumlah jangkitan paling banyak, diikuti oleh Wilayah Persekutuan KL dengan 540 kes, dan Sarawak dengan 405 kes.
Negeri dengan jangkitan paling sedikit di Malaysia adalah Perlis dengan satu kes, diikuti oleh Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan empat kes, dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan enam kes.
Noor Hisham berkata pada masa ini terdapat 469 pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi, 244 di antaranya memerlukan bantuan pernafasan.
Hari ini juga terdapat 39 kes kematian yang melibatkan 10 kes di Johor, lapan kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, lima kes di Selangor, tiga kes di Sabah, masing-masing dua kes di Kedah, Sarawak, Kelantan, dan Pahang, serta masing-masing satu kes di Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.














Comments