top of page

Kuala Lumpur dikenakan PKP mulai 7 Mei 2021 sehingga 20 Mei 2021

Updated: May 25, 2021


ree

PETALING JAYA: Selepas mengumumkan enam daerah di Selangor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 6 Mei, hari ini Kuala Lumpur pula dikenakan PKP bermula 7 Mei hingga 20 Mei ini.


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setelah meneliti pembentangan serta cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia, kerajaan bersetuju melaksanakan PKP di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selama dua minggu.


Menurut beliau, sejak 1 hingga 27 April lalu, Kementerian Kesihatan mengesahkan 17 kluster baharu direkodkan di wilayah itu dengan jumlah kes harian terus meningkat.


Ismail berkata, langkah tersebut diharap dapat mengawal peningkatan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan.


Maka, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu dilaksanakan segera bagi membendung wabak penyakit ini daripada terus menular dalam kalangan masyarakat.



ree


Comments


Post: Blog2_Post

Subscribe Form

Thanks for submitting!

0101010101

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

©2021 by TRI: The Ripple Impact. Proudly created with Wix.com

bottom of page