"Kita bukan gagal, tapi masih belum menang"- DG Noor Hisham
- Diana Shafie
- May 9, 2021
- 1 min read
Updated: May 27, 2021

Dr Noor Hisham berkata, masih belum terlambat untuk negara mengurangkan jangkitan kes, asalkan mendapat kerjasama semua rakyat Malaysia. - Imej dari Google
Kuala Lumpur, 8 Mei 2021 - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham menegaskan, Malaysia belum gagal dalam menangani jangkitan Covid-19, namun masih juga belum menang melawan pandemik itu.
Beliau berkata, dengan Kerjasama semua rakyat Malaysia, masih belum terlambat lagi untuk Malaysia mengurangkan jangkitan kes.
"Kita masih belum terlambat. Ada sesetengah (pihak) yang mengatakan kita gagal. Kita belum gagal namun kita masih belum menang," katanya dalam sidang media di Putrajaya pada Sabtu bagi menjawab pertanyaan seorang wartawan.
Lantas, beliau mengingatkan semua rakyat Malaysia untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
"Kita tidak takut, kita akan terus lawan untuk 16 bulan. Jadi kita harap kita akan dapat mengurangkan jangkitan apabila tiba masanya. Kita perlukan kerjasama semua pihak. Patuh SOP ditetapkan," ujarnya.
Jelasnya, negara perlu seimbangkan antara kepentingan kesihatan dengan ekonomi kerana kedua-duanya tidak kalah sama pentingnya.
"Sebagai contoh restoran. Kita boleh benarkan restoran beroperasi namun secara bawa pulang dan dengan ini kita boleh kurangkan jangkitan.
"Bagi sektor peruncitan, kita perlu lihat di pusat beli belah dan sebagainya. Kita benarkan sektor yang perlu seperti makanan, farmasi, klinik dan restoran tetapi tidak boleh dine-in," tambahnya.
Justeru, negara perlu mencari inisiatif lain termasuk melihat semula pelaksanaan arahan Bekerja Dari Rumah untuk mengurangkan jangkitan.

Kommentare