top of page

Kes Covid-19 semakin melonjak naik

Updated: May 25, 2021


ree

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 7 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 3,449 kes (396,004 kes kumulatif, 91.6%);

  • Kes baharu :4,498 kes (432,425 kes kumulatif);

  • Kes import : 5 kes (1 warganegara dan 4 bukan warganegara);

  • Kes tempatan : 4,493 kes [4,179 warganegara (93.0%); 314 bukan warganegara (7.0%)];

  • Kes aktif : 34,789 kes;

  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 372 kes;

  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 211 kes;dan

  • Kes kematian : 22 kes (1,632 kes kumulatif, 0.38%; 20 warganegara, 2 bukan warganegara).

Pada hari ini, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,424 kes (31.7 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,165 kes (81.8 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 750 kes (16.7 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 436 kes (9.7 peratus).


Sebanyak empat (4) kes (0.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster di Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang melibatkan Kluster DTI Lenggeng.


Terdapat 22 kes kematian pada hari ini yang melibatkan enam (6) kes di Sarawak, masing-masing tiga (3) kes di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Kelantan, masing-masing dua (2) kes di Johor dan Perak, serta masing-masing satu (1) kes di Sabah, Kedah, dan Perlis. Sebanyak 20 kes melibatkan warganegara dan dua (2) kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.




ree


Comments


Post: Blog2_Post

Subscribe Form

Thanks for submitting!

0101010101

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

©2021 by TRI: The Ripple Impact. Proudly created with Wix.com

bottom of page