top of page

Kerajaan mengatur strategi untuk menyalurkan bantuan ketika PKP 3.0

Updated: May 25, 2021


ree

Johor Bahru, 15 Mei 2021: Menyelami implikasi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang bermula 6 Mei lalu, banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di seluruh negara kini mula merasai kesannya.


Tatkala musim perayaan Aidilfitri sepatutnya menjadi ‘lubuk’ golongan peniaga pasar malam, bazar Ramadan dan ekspo Aidilfitri untuk mencari rezeki tambahan, pengumuman terkini kerajaan menutup sebahagian besar perniagaan itu menyebabkan nasib mereka menjadi semakin tidak keruan.


Sebelum ini dilaporkan ribuan peniaga kecil bazar Ramadan dan ekspo Aidilfitri di seluruh negara terkesan apabila kerajaan tidak menyalurkan bantuan sebagaimana diberikan sewaktu PKP 1.0 dan PKP 2.0.


Hal ini ditambah dengan langkah terkini kerajaan menetapkan semua premis yang mempunyai risiko penularan Covid-19 dalam sistem Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE), ditutup selama tiga hari pada 7 Mei lalu.


Sebelum ini, kerajaan Perikatan Nasional (PN) memperuntukkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) sejumlah RM250 bilion bagi menampung keperluan seluruh rakyat yang terjejas akibat PKP 1.0 pada 18 Mac tahun lalu.


Pada PKP 2.0 yang dilaksanakan pada 13 Januari lepas pula, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pakej rangsangan bernilai RM15 bilion.


Selain bantuan pakej rangsangan ekonomi, kerajaan PN juga menawarkan moratorium pinjaman bank serta kebenaran pengeluaran duit dari akaun satu dan dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu i-Sinar dan i-Lestari. Tidak ketinggalan bantuan Skim Subsidi Upah bagi meringankan beban rakyat serta majikan pada PKP terdahulu.


Apabila kerajaan sekali lagi memutuskan PKP 3.0 dilaksanakan, adakah kerajaan masih mempunyai keupayaan kewangan untuk memberi bantuan kepada rakyat terkesan sebagaimana PKP terdahulu?



Keupayaan kewangan

Seorang pakar ekonomi, Profesor Datuk Dr Barjoyai Bardai, berpandangan kerajaan masih mampu menyalurkan pakej bantuan PKP 3.0 di sebalik dakwaan rizab perbendaharaan negara yang dikatakan semakin menyusut.


Jelas beliau, negara masih berupaya untuk membuat pinjaman kewangan secara dalam negeri, menerusi penawaran bon kepada syarikat-syarikat pelaburan berkaitan kerajaan.


“Kadar keupayaan Malaysia untuk meminjam wang masih tinggi berbanding negara jiran lain, cuma masalahnya kerajaan mempunyai isu untuk mencairkan aliran tunai.


“Berikutan itu, kerajaan perlu merancang strategi membuat pinjaman kewangan secara serius demi membantu jutaan rakyat yang terjejas akibat PKP 3.0.


“Kerajaan tidak boleh beri alasan PKP kali ini tiada kesan serius disebabkan ia dilaksanakan secara bersasar,” katanya.



ree

Comments


Post: Blog2_Post

Subscribe Form

Thanks for submitting!

0101010101

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

©2021 by TRI: The Ripple Impact. Proudly created with Wix.com

bottom of page