top of page

COVID-19: 4,498 kes hari ini, 22 kematian

Updated: May 27, 2021


Pecahan kes baharu mengikut negeri.


Putrajaya, 8 Mei 2021 - Kes positif baharu Covid-19 yang baru disahkan Malaysia hari ini meningkat kepada 4,519 daripada 4,498 semalam sementara kematian akibat wabak meningkat menjadi 25 dari 22, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, yang memuat naik statistik harian di laman sosialnya, berkata setakat ini sebanyak 432,425 kes COVID-19 dicatatkan di negara ini.


Selangor mencatatkan jumlah kes positif tertinggi iaitu sebanyak 1,424 kes hari ini, disusuli Sarawak dengan sebanyak 750 kes baharu dan Kuala Lumpur dengan sebanyak 463 kes.


Noor Hisham berkata, “Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu 1,424 kes dengan 1,165 kes adalah daripada kluster serta saringan kontak rapat kes positif yang aktif dijalankan di lapangan.


"Ini diikuti Sarawak dengan 750 kes dan Kuala Lumpur (426 kes). Sebanyak empat kes dilaporkan adalah berkaitan kluster di penjara dan depot tahanan imigresen (DTI) termasuk Kluster DTI Lenggeng (3 kes)," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Sebanyak 34,789 kes aktif dicatatkan setakat tengah hari ini manakala 3,449 kes sudah sembuh sepenuhnya hari ini menjadikan jumlah kes pulih sebanyak 396,004 kes.


Menurutnya, terdapat 372 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 211 kes memerlukan bantuan pernafasan.


"Terdapat 22 kes kematian pada hari ini yang membabitkan enam kes di Sarawak; masing-masing tiga kes di Selangor, Kuala Lumpur, dan Kelantan; masing masing dua kes di Johor dan Perak; serta masing-masing satu kes di Sabah, Kedah, dan Perlis.


"Sebanyak 20 kes membabitkan warganegara dan dua kes bukan warganegara berusia antara 37 hingga 87 tahun serta menghidap pelbagai penyakit kronik, kecuali satu kematian di Sarawak (lelaki tempatan berusia 78 tahun) dan satu kematian di Kelantan (lelaki tempatan berusia 82 tahun).


"Kes-kes itu menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 1,632 kes atau 0.38 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.





Comments


Post: Blog2_Post

Subscribe Form

Thanks for submitting!

0101010101

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

©2021 by TRI: The Ripple Impact. Proudly created with Wix.com

bottom of page