top of page

6,493 Kes baharu Covid-19, Selangor masih merekodkan kes tertinggi sebanyak 2,163

Updated: May 25, 2021


Putrajaya, 21 Mei 2021 - Sebanyak 6,493 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes kini mencecah sebanyak 498,795.

Sementara itu, COVID-19 juga meragut 50 nyawa dalam tempoh yang sama sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 2,149 kes.


Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berdasarkan angka terbaharu yang dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia itu, negeri Selangor masih berada pada kedudukan tertinggi pertambahan kes harian iaitu sebanyak 2,163 jangkitan diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (641 kes) dan Sarawak (612 kes).


ADVERTISEMENT


Berikut merupakan pecahan kes harian mengikut negeri:


Selangor - 2,163

Sabah - 144

Johor - 406

WP KL - 641

Sarawak - 612

Pulau Pinang - 302

Negeri Sembilan - 370

Kelantan - 467

Perak - 382

Kedah - 434

Melaka - 165

Pahang - 161

Terengganu - 139

WP Labuan -84

WP Putrajaya -20

Perlis – 3


Dalam masa sama, Dr Noor Hisham berkata, berdasarkan jumlah jangkitan baharu yang dilaporkan, terdapat dua kes import yang menerima jangkitan dari luar negara.


“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 telah menjadi 52,106 kes,” katanya pada satu kenyataan pada Jumaat.


Setakat in sebanyak 643 kes sedang dirawat di Unit Rawatan rapi (ICU) manakala daripada jumlah itu, 363 kes memerlukan bantuan pernafasan.


Keseluruhan kes sembuh kini telah menjadi sebanyak 444,540 dengan pertambahan sebanyak 4,508 pesakit yang pulih hari ini.


Comments


Post: Blog2_Post

Subscribe Form

Thanks for submitting!

0101010101

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

©2021 by TRI: The Ripple Impact. Proudly created with Wix.com

bottom of page