top of page

440 individu langgar SOP PKP ditahan

Updated: May 25, 2021


ree

Kuala Lumpur, 13 Mei 2021 - Seramai 440 individu ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Rabu.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu, 435 individu dikompaun manakala lima lagi direman.

“Antara kesalahan yang direkodkan termasuklah gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis iaitu sebanyak 185 kes, tiada penjarakan fizikal (15) dan tidak memakai pelitup muka (138).

"Lain-lain kesalahan yang dikesan adalah 102 kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


ADVERTISEMENT

ree

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 121 operasi sanitasi dijalankan di 49 zon merah, zon kuning (enam) dan zon hijau (satu) pada Rabu.

Beliau juga berkata, Kementerian Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah melakukan lebih 1,510 Pemeriksaan Khas Pematuhan SOP di semua premis perniagaan sepanjang PKP.

"Daripada jumlah tersebut KPDNHEP mengesahkan semua premis mematuhi arahan SOP yang telah ditetapkan setakat ini," katanya.


Comments


Post: Blog2_Post

Subscribe Form

Thanks for submitting!

0101010101

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

©2021 by TRI: The Ripple Impact. Proudly created with Wix.com

bottom of page