20 kluster Covid-19 baru, tambah lebih dari 400 kes aktif
- Hakim Abu Bakar

- May 6, 2021
- 1 min read
Updated: May 25, 2021

Putrajaya, 5 Mei 2021 – Kementerian Kesihatan telah mengenal pasti 20 kluster baru, dengan jumlah kes aktif sebanyak 411.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan bahawa lapan daripada kluster itu merebak di tempat kerja, sementara enam yang lain adalah di dalam komuniti.
Empat kluster melibatkan sektor Pendidikan, manakala dua berkaitan majlis keagamaan.
Kluster Persiaran Setia Prima telah membabitkan dengan dua sekolah di Shah Alam.
“Kes positif pertama dikesan dibawah kluster ini pada 5 April dari ujian saringan yang disasarkan kepada 271 pelajar dan kakitangan di sekolah tersebut.
“Sehingga kini, 27 orang disahkan positif Covid-19,” kata Dr Noor Hisham.
Selain itu Kluster yang berpunca dari sekolah ialah Kluster Taman Medan.
Dr Noor Hisham berkata 27 kes positif telah dikesan daripada ujian saringan bersasar terhadap 320 pelajar dan staff di Sk Taman Medan, Petaling Jaya.
ADVERTISEMENT

Kluster di dalam masyarakat adalah Kluster Kampung Paya Ular di Pasir Mas, Kelantan.
“Indeks daripada kluster ini telah menunjukkan symptom sebelum ujian positif Covid-19 pada 14 April.
“Seramai 120 individu telah menjalankan ujian saringan, dan sehingga kini 41 kes telah disahkan telah dikesan dalam kluster ini,“ kata Dr Noor Hisham.













Comments