top of page

20,000 pelajar golongan B40 akan menerima telefon pintar bermula Sabtu ini

Updated: May 25, 2021


ree

Johor Bahru, 19 Mei 2021 - Edaran 20,000 telefon pintar inisiatif di bawah program Tuisyen Cikgu Saarani kepada pelajar kumpulan B40 di Perak akan dibuat bermula Sabtu ini.


Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, program dengan kerjasama Yayasan YTL itu telah dirasmikan pada April lalu dan edaran hanya dapat dibuat selepas mendapat maklumat pelajar yang layak daripada Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).


"Pihak yayasan perlu mengesahkan terlebih dahulu bahawa penerima itu adalah mereka dalam kalangan senarai B40 dan kemudiannya membantu mendaftarkan pelajar-pelajar ini.


"Dengan cara itu, apabila menerima kemudahan telefon pintar ini nanti, mereka boleh terus menggunakannya," katanya pada sidang media secara maya bersama pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Rabu.


Beliau berkata, bagi melicinkan proses pengedaran dan mengelakkan program berkelompok, kerajaan negeri menyalurkan bantuan telefon pintar itu melalui pejabat Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).


"Setiap ADUN diberikan amanah untuk menyusun atur dan mencari kaedah yang selamat ketika mengedarkan kemudahan ini.


"Diharap ia dapat membantu pelajar menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang dilaksanakan mulai minggu ini," katanya.


Februari lalu Saarani mengumumkan sebanyak 20,000 kumpulan isi rumah B40 di Perak akan dibekalkan telefon pintar bagi membantu proses pembelajaran secara dalam talian dalam usaha mengupayakan pendidikan dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah.


Inisiatif itu bukan sahaja melibatkan pemberian 20,000 unit telefon pintar tetapi bersama sim kad yang dilengkapi pelan data sebanyak 10GB setiap bulan secara percuma bagi tempoh setahun.


Di bawah inisiatif sama, sebanyak 50,000 sim kad dilengkapi dengan pelan data 40GB bagi tempoh 60 hari akan diberikan kepada 50,000 lagi pelajar terpilih di seluruh daerah menjadikan keseluruhan 70,000 pelajar menerima manfaat berkenaan.



ree

Comments


Post: Blog2_Post

Subscribe Form

Thanks for submitting!

0101010101

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

©2021 by TRI: The Ripple Impact. Proudly created with Wix.com

bottom of page