Tempat Menarik Di Pulau Bali, Indonesia
- Syifa Nasir
- Jul 26, 2021
- 2 min read
Updated: Jul 28, 2021
Sudah tentu kita semua sudah lelah duduk di rumah kan? Apabila semua telah kembali pulih dan sempadan pun sudah di buka seperti biasa, mana destinasi yang anda ingin kunjungi?
Kali ini saya akan berkongsi salah satu destinasi impian yang tidak asing lagi iaitu Pulau Bali, Indonesia. Pulau Bali sangat terkenal kerana budaya dan pemandangan nya yang menarik.
Di sini terdapat beberapa tempat dan aktiviti menarik yang akan saya senaraikan untuk anda !
1. Pura Luhur Uluwatu Bali

Terletak setinggi 250 kaki dari paras laut dan terletak di atas tebing. Mungkin anda tertanya-tanya apa maksud uluwatu kan? Jom saya kongsi dengan anda maksudnya!
Ulu sama seperti penggunaan ulu dalam Bahasa Melayu yang kita gunakan iaitu atas. Watu pula membawa maksud batu. Jadi, dah boleh agak apa maksud uluwatu? Ia membawa maksud atas batu.
Antara aktiviti menarik yang anda boleh lakukan disini adalah melihat pemandangan indah lautan membiru dan juga menyaksikan persembahan tarian tradisional Kecak. Ia dipersembahkan pada setiap 6 petang.
2. Tanah Lot Temple

Tanah Lot Temple atau turut dikenali sebagai Kuil Tanah Lot ini sebelumnya dikenali sebagai Tengah Lot yang membawa maksud didalam laut. Berkemungkinan besar namanya bersempena dengan kedudukan geografinya yang dikelilingi oleh lautan.
Itulah yang membuatkan destinasi ini lebih unik berbanding dengan destinasi lain. Ia dibina pada tahun 1489 oleh seorang penganut agama Hindu yang berasal dari Majapahit. Batu besar di tengah laut yang ada pada ketika itu telah memberikan ilham kepada untuk membina kuil dan juga tempat untuknya bermeditasi.
Bunyi deruan ombak dan kicauan burung pastinya menimbulkan ketenangan dalam diri sesiapa saja. Selain itu, anda akan turut disajikan dengan keindahan pemandangan yang memukau.
3. Pura Ulun Danu Bratan

Kuil ini terletak di sebuah tasik yang dikenali sebagai Tasik Bratan dan dibina pada tahun 1633. Ia menawarkan keunikan panorama semulajadi dimana ia dikelilingi oleh tasik dan juga gunung-ganang. Selain itu, anda juga boleh perhatikan disekeliling kawasan ini terdapat tanah yang menghijau dan juga berbagai jenis bunga.
Ramai yang mencadangkan setiap pelancong yang berkunjung ke sini untuk menaiki bot yang disediakan disini dan mengambil gambar dari bot tersebut. Sebenarnya terpulang pada anda. Atas kemahiran fotografi masing-masing sebenarnya.
Destinasi ini juga agak unik bagi anda yang gemar memancing kerana anda boleh menyewa joran dan memancing ikan yang ada didalam tasik ini.
4. Teres Tanaman Padi Tegallang

Kalau anda berkunjung ke sini, anda jangan pelik kalau tengok ramai pelukis pemandangan ada disini. Pemandangan Tegallalang Rice Terraces yang indah ini memang menjadi pilihan pelukis pemandangan dari dalam dan juga luar negara. Ia merupakan sebuah kawasan sawah padi dan disini juga anda boleh temukan bermacam jenis gerai makan yang mampu memenuhi selera makan anda dan keluarga. Agak seronok sebenarnya bila anda menikmati hidangan sambil menjamu selera.
5. Seminyak Bali

Seminyak ni anda boleh umpamakan seperti Kuala Lumpur kalau di Malaysia. Ia merupakan lokasi paling menarik untuk anda membeli belah. Selain itu, ia juga terkenal kerana disinilah lokasinya untuk anda menikmati hidangan di restoran-restoran mewah.
Bagi anda yang bercadang untuk menginap disini, anda pasti takkan kecewa dengan kemudahan prasarana yang terdapat disini. Anda juga boleh menenangkan fikiran dengan mengunjungi mana-mana pantai yang indah untuk anda rehat-rehat bersama keluarga atau meluangkan masa bersendirian.
Inilah beberapa tempat menarik yang boleh anda kunjungi ketika bercuti di Pulau Bali, Indonesia.
Comments