Peningkatan kluster keagamaan berpunca daripada pergerakan sepanjang waktu Ramadan dan Aidilfitri
- Hakim Abu Bakar
- May 25, 2021
- 1 min read
Updated: May 27, 2021

Putrajaya, 25 Mei 2021 – Peningkatan kes COVID-19 daripada kluster keagamaan adalah berpunca daripada pergerakan orang ramai sepanjang Ramadan dan Aidilfitri.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, perkara itu dapat dilihat dengan pertambahan 40 kluster baru berkaitan keagamaan yang dilaporkan semalam.
“Daripada 40 kluster keagamaan yang dilaporkan, 19 kluster di Johor, 13 Selangor dan lapan kluster di negeri lain seperti Melaka, Negeri Sembilan dan Kelantan.
ADVERTISEMENT

“Lonjakan kes tersebut adalah disebabkan kes jangkitan yang berlaku sepanjang Ramadan dan Aidilfitri,” Katanya dalam sidang media Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) pada Selasa.
Jelas Dr Adham, sekiranya orang ramai mampu mengurangkan pergerakan dan sentiasa mematuhi SOP maka ia mampu mengurangkan kadar kebolehjangkitan dan membendung wabak COVID-19.
Sementara itu, Malaysia merekodkan jumlah kes positif tertinggi hari ini dengan sebanyak 7,289 kes baharu COVID-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan sebanyak 525,889 kes.
Comments