top of page

Ilifestyleartic - Nampak simple tapi cukup menarik

Updated: Jul 22, 2021


ree

Paparan Utama Ilifestyleartic



Ilifestyleartic merupakan sebuah laman blog dengan objektif untuk membuat kandungan yang diilhamkan dan disusun oleh minat peribadi dan aktiviti harian seseorang. Ilifestyleartic turut menyajikan pelbagai konten menarik seperti kehidupan peribadi yang merangkumi keluarga, rumah, percutian, resipi makanan, kecantikan dan banyak lagi.



Di sebalik nama Ilifestyleartic


Daripada temubual bersama salah seorang daripada ahli kumpulan mereka. Nama Ilifestyleartic ini digunakan adalah kerana ianya dapat menghubungkan antara satu jiwa kepada jiwa yang lain dan menginspirasikan mereka untuk menjalani hidup yang lebih baik.



Ahli Kumpulan


Setiap suatu projek yang dilakukan pasti akan ada satu kumpulan yang menjayakannya. Ilifestyleartic terdiri daripada 4 individu. Habil sebagai ketua kumpulan, beliau menguruskan ahli yang menyumbang kandungan ke blog ini. Ini termasuk berkomunikasi, menjawab soalan, memastikan semua kriteria blog dipenuhi, memberikan maklum balas artikel.


Arabell memainkan peranan sebagai penyunting blog memastikan tidak ada konten yang tersilap dan terdapat kesalahan tatabahasa.


Syeena dan Iqa pula adalah sebagai editor yang menyumbang idea untuk dijadikan konten ke dalam laman blog ini.



Apa yang menarik ?


Setiap laman blog pasti ada isi yang menarik untuk disajikan kepada pembaca. Bagi Ilifestyleartic, Covid-19 menjadi isu utama mereka dengan ini lebih mudah kepada pembaca untuk mengetahui apa yang berlaku di Malaysia.


Selain daripada itu, tips kesihatan dan gaya hidup kini turut juga dipaparkan bagi tujuan membantu anda untuk memilih gaya hidup yang sesuai dengan pilihan.


Paparan skrin juga agak minimalist kerana ianya nampak simple dengan penggunan warna yang tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap. Kotak chat yang tedapat di sebelah kanan memudahkan pengguna untuk berkomunikasi dengan team mereka.



Tunggu apa lagi? Jom, lawati laman blog mereka sekarang untuk lebih konten yang menarik!



ADVERTISEMENT

ree






Comments


Post: Blog2_Post

Subscribe Form

Thanks for submitting!

0101010101

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

©2021 by TRI: The Ripple Impact. Proudly created with Wix.com

bottom of page