6 drama Thailand untuk mengisi masa lapang di rumah
- Syifa Nasir
- Jul 26, 2021
- 3 min read

Dek kerana Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dilaksanakan kerana pandemik yang melanda, ia membuat orang ramai harus berdiam di rumah. Ini membuatkan beberapa drama dari negara – negara luar menjadi popular kerana ramai orang menghabiskan masa untuk menonton dan mencari drama dari negara kesukaan mereka. Sebagai contoh, serial drama Thailand juga semakin popular di kalangan rakyat Malaysia.
Drama Thailand biasa disebut dengan Thai Lakorn. Ia memiliki jalan cerita yang tak kalah menarik dari drama Korea dan pelakonnya juga cantik serta tampan, drama Thailand kini juga telah mencuri perhatian pecinta serial atau filem.
Antara drama Thailand romantic yang di syorkan ialah:
1. Full House
Thai Lakorn ini diadaptasi dari drama Korea dengan judul sama yang dibintangi Song Hye Kyo dan Rain. Namun ada beberapa penyesuaian pada skrip, versi Thailand mengambil alih aslinya. Dalam versi drama Thailand, Full House bercerita tentang seorang penulis yang ditipu oleh saudara perempuannya untuk melakukan perjalanan gratis dan rumahnya dijual oleh saudara perempuannya tersebut.
Saat kembali ke Thailand, dia tidak punya tempat tinggal dan dia segera menemui pemilik baru rumah tersebut yang bernama Mike, seorang pelakon. Dengan perjuangan yang berliku-liku, dia berhasil memasuki rumah tetapi dengan syarat, dia harus melakukan pernikahan kontrak selama setahun dengan Mike.
2. Harmones
Dalam Thai Lakorn ini berlatar belakang pada kehidupan remaja Thailand di sekolah. Drama Thailand romantis Harmones bercerita tentang sekumpulan remaja belajar di sekolah yang sama. Masing-masing berasal dari latar belakang dan cara pandang yang berbeza dalam memandang kehidupan.
Drama ini berfokus pada masalah dan pengalaman yang dialami mereka di sekolah menengah seperti percintaan, kekerasan geng sekolah, masalah keluarga, dan penyalahgunaan bahan terlarang.
3. The Gifted
Thai Lakorn ini berkisah tentang sebuah sekolah bernama Ritdha High School yang menjalankan kelas khusus untuk beberapa pelajar terpilih dengan kemampuan khusus. Tujuannya adalah untuk membangkitkan potensi dalam diri para pelajar tersebut, tetapi dengan alasan untuk melakukan sesuatu yang misteri. Hingga para pelajar tersebut menyedari bahawa ada rancangan yang dapat menyebabkan kerugian besar bagi semua orang.
4. Kiss Me
Drama Thailand romantis berjudul Kiss Me ini bercerita tentang seorang gadis kurang pintar bernama Taliw dan seorang lelaki popular yang memiliki IQ 200 bernama Tenten. Taliw jatuh cinta pada pandangan pertama dengan Tenten meskipun ia sadar betapa sulit mendapatkan cinta lelaki tersebut. Drama ini menyatukan genre antara romantis, komedi, dan cinta sekolah menengah.
5. Bpoop Phaeh Saniwaat
Ini merupakan drama Thailand romantis yang berlatar belakang sejarah dan terkenal di Negeri Gajah Putih tersebut atau biasa dikenal dengan judul Love Destiny. Drama ini memiliki tema perjalanan waktu yang unik bersama dengan drama politik dan juga keluarga.
Sinopsis Bpoop Phaeh Saniwaat mengisahkan Kadesurang, seorang arkeologi terkenal hingga suatu saat bertemu dengan hantu yang mengirimnya ke era Ayutthaya sekitar 300 tahun yang lalu. Mengejutkannya, dia terbangun di dalam mayat Karakade, sosok yang dikenal kejam dan ego serta dibenci oleh semua orang. Hingga ketika arkeologi terbangun di tubuhnya, semua orang menjadi bingung kerana dia menjadi sosok yang ceria. Dia berhasil memenangkan hati semua orang.
6. Kleun Cheewit
Plot dari Thai Lakorn Kleun Cheewit sangat berbeza dengan drama Asia lainnya, ia membawa jalan cerita yang segar dan menarik. Drama Thailand romantis ini berkisah tentang seorang pelakon wanita popular, yang baik hati bernama Jeerawat. Suatu hari ayah tirinya membiusnya untuk memanfaatkannya tetapi dia berhasil melarikan diri.
Oleh kerana dia dibawah pengaruh bius itu, dia secara tidak sengaja melanggar seorang wanita dengan keretanya sehingga wanita tersebut meninggal dunia. Sathit, tuning kepada wanita itu bersumpah akan membalas dendam kepada Jeerawat. Tapi setelah beberapa saat, dia menemukan sifat sebenar dari Jeerawat dan jatuh cinta padanya.
Inilah beberapa cadangan drama yang disyorkan oleh saya. Selamat menonton !
Comments